
Assalamualaikum and Hi ! Lea disini !
Dikeranakan malam semalam Lea mimpi tentang Cinderella , so , Lea nak ceritakan fasal hidup Cinderella di Alam Dongeng.
/bismillahhirahmannirahim\
Bermulalah al-kisah si Puteri yang bernama Cinderella.
Cinderella ialah seorang anak yatim pada awalnya. Apabila ibunya Ratu Eliza meninggal dunia , ayahnya berkahwin dengan Rozalinda. Si janda yang mempunyai 2 orang anak perempuan bernama Julie dan Emma. Rozalinda , Julie dan Emma sangat tidak suka pada Cinderella kerana tarafnya dan kecantikkannya yang memukau itu. Sejurus ayah Cinderella meninggal , Rozalinda menjadikan Cinderella sebagai pembantu rumah dan harus melakukan semua yang diperintahkannya dan kakak-kakak tirinya iaitu Julie dan Emma.
"Cinderella ! Cinderella !" Kedengaran jeritan Ratu Rozalinda memanggil Cinderella. "Ya ibu. Apa yang Cinderella boleh tolong ?" Jawab Cinderella dengan sopan santun. "Cepat basuh pakaian yang ada di bilik pengumpulan baju sekarang !" Jerit Ratu Rozalinda dengan kuat. "Tapi , saya sedang bersihkan kolam yang ada dibelakang rumah." "Ah ! Saya tidak kisah ! Bagaimanapun caranya , saya mahu kamu buat apa yang saya suruh sekarang juga !" Bentak Ratu Rozalinda dengan kuat lagi. Setelah mendengar arahan Ratu Rozalinda itu , Cinderella pun beredar menuju ke bilik ruangan pengumpulan baju istana.
Semua kerja Cinderella sudah dilaksanakan. Cinderella duduk berehat di taman istana. Lalu , ada seseorang mengetuk pintu. "Err , maaf menganggu. Ini ada jemputan dari istana Putera Zerif untuk malam persembahan istana malam ini." Kata seorang penjaga istana itu. Apabila Ratu Rozalinda , Julie dan Emma terdengar perbualan penjaga istana itu , mereka terus meninggalkan ruang tamu dan berlari-lari anak untuk ke pintu utama. "Cinderella , ketepi !" Bisik Ratu Rozalinda dengan sinis. Lalu , Cinderella pun beredar ke biliknya. Terlintas di fikiran Cinderella mahu pergi ke istana Putera Zerif untuk malam persembahan itu. Tapi , dia tidak mempunyai apa-apa pakaian yang mewah lagi gah untuk dipakai pada malam itu. Lagipun , sudah tentu ibu tirinya tidak mengizinkan !
*Malam yang dinanti-nantikan menjelma*
Cinderella masih di dalam biliknya. Sejurus , dia keluar dari bilik , terlihat ibu dan kakak-kakak tirinya sedang bersiap-siap sedia untuk ke istana Putera Zerif. Setelah , mereka beredar , Cinderella terlihat ada pari-pari di sebelahnya. Lalu , Cinderella meluahkan perasaannya pada pari-pari fantasi itu.
Err. Kita sambung esoklah ya. Tangan Lea sudah penat menaip ini.
Assalamualaikum ! Kalau tak jawab dosa , kalau jawab sayang ! Bye alls !
No comments:
Post a Comment
Smile (^_^)Y